fbpx

Pemandu van maut terlibat kemalangan dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Labu Atas, Tanjung Piandang di Parit Buntar hari ini. - Foto JBPM

PARIT BUNTAR – Seorang pemandu van kilang maut manakala penumpang hadapan parah setelah kenderaan dinaiki mereka terbabit dengan pelanggaran melibatkan sebuah treler di Jalan Sungai Labu Atas, Tanjung Piandang di sini kira-kira pukul 6 pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya bergegas di lokasi kemalangan setelah mereka menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan.

“Setibanya jentera Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau di lokasi, mereka mendapati kemalangan itu membabitkan dua buah kenderaan iaitu sebuah van pekerja dengan sebuah treler.

“Dua orang mangsa telah tersepit iaitu pemandu van berumur 40-an dengan seorang penumpang wanita berusia 30-an yang duduk di bahagian hadapan dan dia mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sayani berkata, pemandu van itu disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Komander operasi telah melaksanakan dan mengaplikasikan konsep penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Anggota Bomba BBP Kuala Kurau telah menggunakan peralatan penyelamatan khas dalam operasi itu,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pasukan perubatan dan pemandu van diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI