fbpx

MotoGP: Aprilia intai peluang ikat Quartararo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO terus berdepan kecewa apabila Yamaha gagal menyediakan jentera kompetitif untuk dia bersaing. - AFP

LONDON – Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo dilaporkan sudah hilang kepercayaan terhadap pasukannya itu apabila terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan pasukan yang mampu membantunya berjuang meraih gelaran dunia semula.

Dia yang menyertai Yamaha sejak 2021 dan menjuarai gelaran dunia pada tahun yang sama dilihat kecewa apabila pasukan dari Jepun itu masih bergelut untuk menyediakan jentera terbaik buatnya sehingga kini.

Kontrak Quartararo bersama pasukan itu akan tamat pada akhir musim 2024 dan dua melalui musim ketiga yang mengecewakan apabila Yamaha masih gagal untuk menyediakan jentera yang kompetitif untuk bersaing dengan kelompok hadapan.

Situasi Quartararo bersama Yamaha itu menyaksikan Aprilia cuba mengambil kesempatan apabila telah mengadakan beberapa perjumpaan sebelum ini.

“Kami bercakap dengan semua orang tentang masa depan saya. Saya fikir ia adalah tindakan yang menarik untuk berbuat sedemikian.

“Saya tidak perlu berbulan-bulan sebelum saya membuat keputusan (kontrak), tidak lama lagi saya akan memutuskan soal masa depan saya sendiri dalam MotoGP.

“Saya tidak mengatakan ia akan tiba tidak lama lagi, tetapi saya tidak akan menunggu terlalu lama,” kata Quartararo.

Selepas dua pusingan perlumbaan, Quartararo hanya mampu mengumpul 15 mata dan berada di kedudukan ke-11 keseluruhan apabila ketinggalan 45 mata di belakang Jorge Martin yang memimpin carta kedudukan pelumba ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI