fbpx

Lelaki dilaporkan hilang ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bertembung dengan sebuah lagi bot di perairan Pulau Tanjung Batu, Sandakan ditemukan lemas petang semalam. -Foto JBPM

SANDAKAN – Lelaki dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bertembung dengan sebuah lagi bot di perairan Pulau Tanjung Batu ditemukan lemas petang semalam.

Mayat Simran Asarap, 23, ditemui pada pukul 3.34 petang oleh orang awam kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.44 tengah malam sebelum seramai empat anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pukul 7.30 pagi.

“Mangsa ditemukan terapung oleh orang awam pada jarak satu kilometer dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke rumah ahli keluarga terdekat, sebelum operasi ditamatkan pada pukul 4.40 petang,” katanya.

Terdahulu, bot mangsa dipercayai bertembung dengan sebuah lagi bot lain di perairan berkenaan kira-kira pukul 12 tengah malam sebelum dilaporkan terjatuh dan hilang di laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI