fbpx

‘Kalau rasa susah nak tanya harga, tak perlu beli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Silap-silap saya kongsikan 80 kali senarai harga, awak tak jadi beli (beg tangan) pun nanti,” itu antara ayat perlian yang diberikan oleh pembeli peribadi (personal shopper) kepada seorang pelanggannya.

Situasi itu dikongsikan pengguna Facebook dengan memuat naik tangkap layar perbualan di antara pelanggan dan pembeli peribadi di ruangan mesej platform tersebut.

Pada mulanya, seorang pelanggan tampil menghubungi pembeli peribadi itu untuk bertanyakan tentang harga beg tangan yang dipromosikannya.

Meskipun pembeli peribadi itu telah menubuhkan satu kumpulan Telegram untuk berkongsi jenis beg tangan yang dijual, namun dia tidak memberikan senarai harga barangan terbabit dan pelanggan yang berminat perlu menghubunginya secara peribadi.

“Nak tahu senarai harga boleh? Saya tengok di Telegram tak ada senarai harga, susah kalau asyik nak pm (mesej peribadi),” soal seorang pelanggan.

“Kalau rasa susah (tanya harga), tak perli beli pun tak apa. Memang saya tak letak harga sebab semua pelanggan yang nak beli memang akan tanya saya harga dahulu,” balas pembeli peribadi terbabit.

Kemudian, pelanggn tersebut turut meyuarakan pandangan sekiranya pembeli peribadi itu meletakkan senarai penuh barangan yang dijual, ia lebih memudahkan pelanggan untuk berfikir dan membuat keputusan sekiranya berkenan dengan produk ditawarkan.

Bagaimanapun, pandangan tersebut diselar oleh pembeli peribadi terbabit selain mengeluarkan kata-kata perlian sehingga mengejutkan pelanggan itu.

Tangkap layar perbualan di antara pelanggan dengan pembeli peribadi yang tular di Facebook

Menjengah ke ruangan komen perkongsian itu, ramai yang mengecam tindakan pembeli peribadi berkenaan kerana tidak bijak melayani pelanggan dengan baik.

“Baru jadi PS (pembeli peribadi) dah ‘poyo’ macam ini, kalau ada butik atau jenama sendiri ini mesti dia rasa satu ‘level’ dengan menteri-menteri,” perli Amir Asyraf Ahmad.

“Dia nak nampak meriah orang mesej dia satu-satu, akan ramai la pengikut Facebook dia, tapi bila orang tanya diperlinya pula. Tak payah berniaga la kalau tak ada ilmu berniaga,” tegur Aliyaah.

“Nak cari pelanggan atau nak cari musuh dia ini,” soal Izzuewana Darias. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI