fbpx

Honda Supra gagah tarik Fortuner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah motosikal dilihat menunda kereta jenama Fortuner menggunakan tali. - ABATANEWS

JAKARTA  – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki menunggang sebuah motosikal sambil menunda kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Fortuner yang rosak, lapor akhbar Abatanews semalam. 

Dalam klip video yang dikongsikan di platform Instagram @unikinfold, lelaki berkenaan menunda SUV tersebut menggunakan motosikalnya jenis Honda Supra. 

Pada kebiasaannya trak tunda (towing) akan dipanggil untuk menunda kenderaan yang rosak. 

Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana bahagian belakang motosikal itu dililitkan tali dan disambungkan pada kereta yang rosak.  

Siapa sangka, sebuah motosikal kecil boleh menarik kereta bersaiz sebesar itu.

Kereta tersebut bergerak perlahan sambil menyalakan lampu kecemasan supaya  pemandu lain berhati-hati.

Detik unik itu menarik perhatian ramai netizen dan pelbagai  reaksi turut diberikan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI