fbpx

Harimau bintang serang 5 penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau bintang melompat dari bumbung dan masuk ke bangunan seterusnya sebelum dikunci di dalam sebuah bilik. – INDIA TODAY

NEW DELHI –  Sekurang-kurangnya lima orang cedera diserang seekor harimau bintang sesat yang memasuki sebuah kampung di Wazirabad, utara Delhi pagi semalam, lapor stesen penyiaran NDTV.

Beberapa pegawai berkata, harimau bintang itu melompat dari bumbung sebuah rumah di Kampung Jagatpur dan masuk ke dalam bangunan sebelah sebelum ia dikunci di dalam sebuah bilik. 

Rakaman video tular di media sosial menunjukkan harimau bintang itu dikejar oleh beberapa orang,  manakala sebilangan penduduk lari dalam keadaan panik.

Menurut Perkhidmatan Bomba Delhi, pihaknya menerima aduan orang awam sekitar  pukul 6.20 pagi (waktu tempatan) dan menghantar dua pasukan ke tempat kejadian. 

“Dengan bantuan penduduk tempatan, anggota-anggota kami mengunci harimau bintang itu di dalam sebuah bilik. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital,” kata Ketua Perkhidmatan Bomba Delhi (DFS), Atul Garg.

Menurut seorang penduduk setempat,  harimau bintang itu mula dilihat sekitar pukul 4.30 pagi dan panggilan kecemasan dibuat 45 minit kemudian. Binatang buas itu cuba menyerang lebih 12 orang dan mencederakan sebilangan daripada mereka.

Tujuh anggota jabatan hutan, sepasukan anggota Jabatan Bomba Delhi bersama-sama polis tempatan berada  di tempat kejadian.

Menurut seorang penduduk lain, kampung itu dikelilingi hutan tetapi tiada pagar atau sebarang bentuk peralatan keselamatan lain.

Pada 1 Disember tahun lalu, seekor harimau bintang dilihat di Ladang Sainik di Delhi Selatan. Beberapa video menunjukkan haiwan itu berkeliaran di lorong kawasan perumahan berdekatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI