fbpx

Cuaca panas landa Pantai Timur Semenanjung pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas pada tahap satu yang melibatkan beberapa kawasan di Pantai Timur Semenanjung yang melibatkan Kelantan dan Pahang.

MetMalaysia dalam kenyataannya, berkata cuaca panas pada tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian tidak melebihi 37 darjah Celsius itu dijangka akan berlarutan selama tiga hari berturut-turut sehingga Khamis.

“Cuaca panas dengan suhu 35 hingga 37 darjah Celsius itu dijangka melanda beberapa daerah di Kelantan (Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, dan Gua Musang), dan Pahang (Lipis, Raub, Temerloh, Maran, Pekan, Bera, dan Bentong).

“Keadaan panas dan kering yang sama diramalkan berlaku di Kedah yang melibatkan daerah Baling dan Padang Terap serta Jelebu dan Tampin di Negeri Sembilan,” ujar MetMalaysia.

Dalam pada itu, daerah Tuaran, Keningau, Tenom, Sabah dan Limbang di Sarawak juga turut menerima cuaca panas yang sama sehingga Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI