fbpx

Calon DAP di Kuala Kubu Baharu – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SEPANG – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjangkakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan ditandingi calon dari DAP.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) sudah kekal pendirian mengenai calon itu malah, UMNO juga tidak berminat meletakkan calonnya untuk bertanding.

“PH dah kekal dan UMNO pun tidak ‘demand’ (minta). Saya rasa dalam formula PH tidak berubah (soal meletakkan calon),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan galeri jualan Taman Perindustrian Pintar NCT (NSIP) di sini hari ini.

Ditanya mengenai keyakinan Perikatan Nasional (PN) untuk menang di kerusi itu, Amirudin berkata, keyakinan itu kerap disuarakan oleh mana-mana parti politik setiap kali pilihan raya kecil (PRK).

“Mereka dah lama yakin. Setiap kali nak masuk pilihan mereka yakin la,” katanya.

Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata, pihaknya takkan ambil mudah dan akan kerja keras untuk mencapai kemenangan dan meneruskan legasi kepimpinan ditinggalkan mendiang Lee Kee Hiong.

“Pilihan raya ini tidak akan memberi kesan kepada perubahan kerajaan negeri dan yang pentingnya kesinambungan hingga akhir penggal,” katanya.

Kerusi DUN Kuala Kubu kini kosong susulan kematian penyandang, Lee Kee Hiong selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI