fbpx

Brendan kecewa tinggalkan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRENDAN masih belum mengikat kontrak dengan mana-mana pasukan selepas kontraknya bersama Selangor berakhir.

BEKAS kapten Selangor FC, Brendan Gan mengakui kegagalan melakukan perbincangan bersama pihak pengurusan untuk melanjutkan kontrak menjadi salah satu faktor terpaksa ‘angkat kaki’ daripada skuad Gergasi Merah musim depan.

Sebagai rekod, Brendan yang juga tonggak Harimau Malaya kini bergelar ‘ejen bebas’ apabila terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontraknya berakhir pada Disember lalu.

Pemain berusia 36 tahun itu mengakui agak kecewa apabila terpaksa meninggalkan Selangor dengan ‘langkah kiri’ selepas membantu pasukan meraih keputusan konsisten musim lepas.

“Kehidupan dalam dunia bola sepak sukar dijangka, mencabar dan banyak peluang yang kita tidak ketahui. Sejak beberapa bulan lepas, saya terfikir mengenai karier saya sepanjang bersama Selangor.

“Saya akui agak kecewa apabila terpaksa meninggalkan pasukan selepas musim yang cemerlang apabila membantu kelab meraih kedudukan kedua Liga Super, layak ke ACL2 dan menjadi empat pemain teratas dengan bantuan jaringan tertinggi.

“Secara jujur, saya berharap dapat berbincang mengenai masa depan di Selangor selepas musim berakhir dan terus membantu pasukan pada tahun 2024.

“Namun, pihak pengurusan tidak memberi ruang untuk berbincang dalam usaha kekal bersama kelab dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak berkhidmat dengan Selangor pada 2020, Brendan yang berusia 36 tahun telah membuat 80 penampilan dan menjaringkan 14 gol dan 12 bantuan jaringan.

Difahamkan, khidmat Brendan sudah dirisik beberapa kelab Liga Malaysia dengan pengesahan mengenai masa depannya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI