fbpx

BKK Aidilfitri tepat pada masa, bantu ringan beban – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di kementeriannya, hari ini. -Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Perdana Menteri mengakui keputusan memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri dilakukan kepada penjawat awam adalah tepat pada masanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu disalurkan selepas mengambil kira kos sara hidup diakui sedikit meningkat ketika ini selain bagi memenuhi keperluan menyambut Aidilfitri.

“Malam (kelmarin), saya fikir (mengenai BKK itu) dan nak tidur pun terganggu. Jadi, saya fikir bagi jelah sikit kurang-kurang reda sikit (beban) dan kerja pun semangat.

“Harap kita belanja dengan cermat dan berhemah,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI