fbpx

‘Berniaga tak laku, anak-anak pula terbiar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kisah seorang lelaki yang mengalami kerugian ketika berniaga sejak awal Ramadan lalu mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.

Menerusi perkongsian hantaran oleh Abu Hurairah Roslan di laman Facebook, peniaga tersebut yang menjual kuih-muih itu mengambil keputusan untuk berhenti dan menumpu untuk beribadah saja pada bulan Ramadan ini.

“Saya rasa kosong sangat Ramadan kali ini, niaga tak laku. Saya dan isteri bergaduh saja. Anak-anak terbiar, ustaz sempat ke saya nak baiki semua ni sebelum ramadan habis?” tanya pemuda tersebut.

Seorang penceramah yang ditugaskan pada hari itu menangis kerana turut mengalami situasi sama dan memberitahu bahawa tazkirah tersebut adalah jemputan pertamanya pada bulan puasa ini.

Menurut ustaz tersebut, kebiasaanya jadualnya akan penuh tapi tidak untuk kali ini sehingga membuatkan isterinya risau dengan keadaannya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan soalan yang ditujukan oleh penjual kuih raya itu, penceramah itu memberikan nasihat dengan menceritakan aktiviti yang dilakukan bersama isterinya yang akhirnya dia memperoleh banyak undangan di pelbagai program.

Katanya, meluangkan masa beribadah dan membantu isteri adalah tindakan yang dilakukan olehnya.

“Hidup adalah tentang jalan dan ketika kita sulit, serahkanlah pada Allah seberat apa pun beban yang kita pikul, di jalan Allah semua beban akan terangkat,” ujar penceramah tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meluahkan rasa sedih dan mengambil iktibar dengan hantaran coretan itu.

“Sebak saya baca, terasa dan terkilan betul lagi-lagi sebagai ayah dan bekerja untuk kemaslahatan keluarga kita,” komen Shamsuri.

“Menangis saya terkenang perkara yang sama berlaku pada keluarga sendiri Allah uji dengan Covid-19 dulu, terima kasih beri peringatan di bulan puasa ini,” komen Marwani.

“Sedih, sangat menusuk dan mendalam pengajarannya,” komen Zainuddin.

Sehingga kini hantaran coretan itu mendapat 5,300 perkongsian dan 5,700 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI