fbpx

Aliff Syukri umpama ‘warna’ dalam industri – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pernah menghentam Aliff Syukri yang sebelum ini cuba menjadi seorang penyanyi, namun kini Sharnaaz 'menghormati' kehadiran usahawan tersebut yang disifatkan sebagai warna dalam industri.

PETALING JAYA – Biarpun pernah menempelak usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, kali ini pelakon Sharnaaz Ahmad membuat pusingan U apabila menganggap kehadiran individu itu sebagai ‘warna’ dalam industri.

Pada saat ramai mengecam, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, menyifatkan ahli perniagaan terbabit sebagai penghibur ketika pelbagai kontroversi artis menjadi bahan perbualan dalam media sosial.

“Kalau tiada dia dalam dunia seni bosan juga. Asyik isu cerai, gaduh, putus atau masuk lokap (semua itu akulah).

“Dia ibarat warna dan corak dalam sesebuah industri walaupun orang kecam tetapi orang seperti dia tetap akan hibur dan cari masalah untuk tontonan kita,” katanya menerusi InstaStory.

Dalam masa sama, pelakon filem Jebat itu turut berharap orang ramai berhibur dengan sajian yang dimuat naik Aliff selagi masih kekal dalam industri seni.

“Berseronok sahajalah selagi dia masih ada. Salam Ramadan,” ujarnya pendek.

Sebelum ini, perkongsian sedutan lagu raya yang dicipta Aliff menerusi akaun Instagramnya mengundang kecaman ramai apabila dia dan beberapa penari mengenakan kostum ketat aneh.

Bahkan, gaya persembahan mereka yang didakwa melampau didakwa mencemarkan bulan Ramadan, sekali gus menjadi bahan kritikan netizen dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI