fbpx

Aiman Rosli tawan Peringkat 2 Jelajah Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIMAN Rosli mencipta sensasi menjuarai Peringkat 2 Jelajah Thailand hari ini. - TSG

IMPIAN pelumba baharu Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli untuk mencipta kejutan pada Jelajah Thailand menjadi kenyataan selepas melakar kemenangan Peringkat 2 hari ini.

Pada perlumbaan yang bermula dari Sukhothai Historical Park dengan meliputi jarak sejauh 202.3 kilometer (km), Aiman Rosli mengakui taktikal melakukan henjutan solo sewaktu jarak 50km membantunya mencipta kemenangan.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan dan pengurus TSG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk beraksi di Tour of Thailand (Jelajah Thailand).

“Pada hari ini saya turun dengan strategi apabila melakukan pecutan solo 50km terakhir dan selepas itu saya simpan tenaga pada 20km terakhir untuk melakukan pecutan hingga ke garisan penamat.

“Cuaca di sini agak mencabar dan saya harap mampu melakukan sehabis baik pada baki empat peringkat terakhir nanti,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Kemenangan tersebut melonjakkan semangat pelumba berusia 25 tahun itu kerana misinya di Thailand untuk memburu memburu Jersi Putih (pelumba terbaik Asia).

Perlumbaan Peringkat 3 akan berlangsung pagi esok meliputi jarak sejauh 128.3km dari Sukhothai Historical Park ke Baan Rak Thai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI