fbpx

Adilifitri: Bomba tumpu pemeriksaan keselamatan kebakaran inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR Hisham Mohammad menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada salah seorang penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Negeri Sembilan dan Melaka di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Premis-premis inap desa di seluruh negara sedang diperiksa secara khusus oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi pasukan petugas khas Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) Aidilfitri ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, langkah tersebut diambil susulan trend semasa di mana ramai yang mula menginap di inap desa, bilik sewa penginapan berbanding menginap di rumah keluarga semasa pulang ke kampung sempena sambutan hari raya.

Menurut beliau, setakat ini kira-kira 4,000 buah premis inap desa dan bilik sewa yang telah diperiksa pihaknya dan hanya 52 notis sahaja telah dikeluarkan.

“Kami ambil pendekatan awal untuk memeriksa tempat sebegini bagi memastikan persediaan pemilik premis untuk adakan sistem keselamatan kebakaran yang paling minimum seperti disyaratkan perundangan.

“Secara asasnya mereka perlu ada alat pemadam api, keduanya berhubung kawalan kepada kunci premis sebab penyewa tidak biasa dengan keadaan premis sama ada penyewa dapat ambil kunci dan melepaskan diri jika ada kecemasan,” katanya hari ini.

Noor Hisham berkata, kesedaran pemilik premis sangat bagus berdasarkan jumlah premis yang telah periksa dengan jumlah notis dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI