fbpx

7 projek RTB jangka siap dua tahun awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD FAZLI ketika melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Johor, Kota Tinggi di sini hari ini.

KOTA TINGGI – Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dijangka akan dapat disiapkan awal dua tahun dari tempoh jangkaan asal iaitu pada tahun 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastuktur dan Komunikasi negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata mengikut perancangan projek yang bernilai RM1.6 bilion itu dijangka siap pada 2029.

Katanya bagi memastikan projek berimpak tinggi seumpama itu dipercepatkan dan tidak mengalami kelewatan, RTB juga akan dimasukkan ke dalam task force seperti mana yang disarankan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“MB Johor minta supaya projek berimpak tinggi (RTB) ini dimasukkan ke dalam task force supaya dapat percepatkan sebagaimana projek pembinaan landasan berkembar Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura yang berjaya dicepatkan.

“Sebab kebanyakkan projek lewat dn lambat disiapkan adalah isu tanah dan isu tanah dibawah kerjaan negeri. Saya sudah melawat beberapa tempat RTB, Alhamdulillah ada komitmen baik dari kontraktor untuk kerja disiap awal

“Banjir di Johor ini hampir setiap tahun, jadi kita tidak mahu ia berulang lebih panjang, justeru itu setelah perbincangan-perbincangan dibuat melibatkan semua pihak, ia dapat dipercepatkan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Johor di sini hari ini.

Katanya semua projek RTB sudah bermula tahun ini dan ada yang bermula dari segi fizikal serta reka bentuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI