PETALING JAYA – Cuti Hari Raya Aidilfitri belum bermula, namun Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak sudah mula dipenuhi dengan kenderaan dari Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di TikTok @NboxKuning, video rakaman dari udara yang memaparkan suasana sekitar Plaza Tol Bentong itu dirakam pada 31 Mac 2024 iaitu semalam.
Dengan kapsyen “Rehearsal raya ke,” pengguna itu menggambarkan situasi jalan raya yang sesak menghala ke ibu negara.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna mendakwa kenderaan tersebut milik warga Pantai Timur yang datang ke ibu negara untuk berbelanja persiapan raya serta warga kota yang pulang menyambut Ramadan di kampung.
“ Cam (macam) biasa la, sebelum raya cari baju raya dekat Kuala Lumpur, selepas itu balik kampung. Tunggu dekat nak raya masa ramai perantau balik kampung, baru dapat suasana raya,” kata Jang.
“ Setiap Ahad, Tol Bentong menghala Kuala Lumpur mana pernah lengang. Ada saja manusia,” kata seorang pengguna.
Sementara itu, ada juga pengguna yang mengakui kebenaran dakwaan tersebut.
“Alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 9 malam. Boleh la buat raso-raso,” ujar Kinah.
“Memang jammed (sesak) pun, suami tukar laluan ikut jalan dalam. Tak lalu Gombak, lalu Negeri Sembilan keluar Puchong,” kata Nur Rehan. – KOSMO! ONLINE
@nboxkuning #CapCut ♬ เสียงต้นฉบับ – DJ WIZ REMIX – DJ WIT REMIX