fbpx

Umur 51, Cameron Diaz bersalin anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMERON DIAZ

AKTRES Cameron Diaz berkongsi khabar gembira apabila selamat menimang cahaya mata kedua iaitu seorang bayi lelaki pada usia 51 tahun.

Bayi yang dilahirkan pada 22 Mac lalu itu diberi nama Cardinal Madsen. Menerusi hantaran yang dimuat naik Diaz dalam Instagram miliknya, isteri kepada Benji Madden itu menzahirkan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya itu, lebih-lebih lagi ketika dirinya kini sudah pun mencecah usia lebih daripada separuh abad.

“Kami dengan rasa gembira ingin berkongsi tentang kelahiran anak kedua kami iaitu Cardinal Madsen. Bayi ini sangat luar biasa.

“Saya dan suami berasa sangat bahagia dengan kelahirannya,” ujar Diaz dan Madden dalam Instagram.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2015 dan menimang cahaya mata pertama mereka, Raddix pada Januari 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI