fbpx

Sivasangari benam pemain No. 1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVASANGARI menjadi pemain pertama di luar ranking 10 terbaik dunia menewaskan Sherbini sejak 2015. - PSA WORLD TOUR

PEMAIN skuasy No. 1 dunia dari Mesir, Nour El Sherbini tidak pernah tewas kepada mana-mana pemain yang berada di luar kelompok 10 terbaik dunia sejak 2015 dan sentiasa menjadi pilihan dalam setiap kejohanan disertai.

Bagaimanapun, tempoh ‘bulan madu’ itu berakhir apabila pemain wanita negara, S. Sivasangari menoktahkan rekod tersebut apabila menyingkirkan El Sherbini di pusingan suku akhir pada Kejohanan Klasik Skuasy London.

Pada perlawanan yang berlangsung malam kelmarin, pemain No. 16 dunia itu melakar kejutan terbesar apabila hanya memerlukan masa 24 minit sahaja bagi mencatat kemenangan straight set 11-9, 11-9.

“Masih sukar untuk percaya (menang). Saya sangat menghormati El Sherbini kerana dia merupakan juara dunia tujuh kali dan ia adalah sesuatu yang ‘gila’ berada di tahap itu pada usia cukup muda.

“Bagi saya, dia sudah meletakkan penanda aras cukup tinggi buat pemain-pemain lain dan sangat menghormatinya. Hari ini (kelmarin) saya masuk ke dalam gelanggang dan hanya fokus untuk menikmati perlawanan dan ia berhasil,” katanya kepada PSA.

Sebagai rekod, kedua-dua pemain itu pernah bertemu sebanyak dua kali sebelum ini pada kejohanan Antarabangsa El Gourna 2022 dan Terbuka Florida Januari lalu dengan El Sherbini memenangi kesemua dua pertemuan itu.

Dalam pada itu, Sivasangari menjelaskan, dia menggunakan kesempatan sebaiknya memandangkan perlawanan tersebut menggunakan format ‘best of three’ yang dilihat memberi kelebihan kepadanya.

“Apabila bermain secara ‘best of three’, saya boleh bermain lebih tenang serta fokus. Cerita mungkin sedikit berbeza sekiranya ia adalah perlawanan ‘best of five’ kerana apa sahaja boleh terjadi,” ujar pemain berusia 25 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI