fbpx

Sistem imigresen tak lompong, suspek masuk guna pasport sah Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar di atas Kapal Maritim Tun Fatimah. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

KLANG – Tiada kelompongan pada sistem imigresen negara memandangkan lelaki warga Israel yang ditahan bersama senjata sebelum ini memasuki negara ini menggunakan pasport sah Perancis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sekiranya dokumen perjalanan itu sah maka adalah tidak salah dari segi sudut dan akta imigresen.

Tambahan, katanya, Malaysia tidak mempunyai masalah dengan negara (Perancis) yang mengeluarkan pasport tersebut.

“Perjelasan kita, dia (suspek) masuk menggunakan pasport sah warganegara Perancis.

“Namun, ada orang tanya juga tetapi pejabat pengeluarnya adalah Tel Aviv. Ya, di Tel Aviv ada kedutaan Perancis. Jadi, bila dia mohon pasport dia (suspek) pergi kedutaan Perancis.

“Sekarang timbul percubaan untuk alihkan seolah-olah pemantauan kita tidak kemas ada loophole kenapa benar masuk sedangkan dokumen perjalanannya sah. Sebab itu, bila ada tangkapan dan setelah soal siasat, dia (suspek) benar warga Israel,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau pelaksaan Op Pagar Laut di atas Kapal Maritim Tun Fatimah, hari ini.

Justeru, beliau berharap masyarakat memberikan keyakinan penuh dengan tahap profesionalisme siasatan polis.

“Saya diberikan taklimat dari semasa ke semasa berhubung progress dan pencapaian mereka (polis) amat bagus setakat ini.

“Dalam tempoh kurang 48 jam, berjaya menangkap individu disyaki pembekal senjata. Mereka kenal pasti motif dan sebagainya. Jadi, biar polis buat penilaian dengan apa yang penting adalah jaminan keselamatan dan ketentaraman awam menjadi keutamaan kita,” ujarnya.

Saifuddin menegaskan, pasukan keselamatan sentiasa memastikan kedaulatan negara dengan menerima kedatangan pelawat selagi kemasukannya secara tertib dengan dokumen yang sah.

“Ini kecuali kepada negara yang tiada hubungan diplomatik. Cuma tanggungjawab kita yang mengawal keselamatan pintu masuk memastikan bahawa mereka adalah dari kalangam yang tidak terlibat dengan sebarang bentuk aktiviti ancaman.

“Kita ada jumlah senarai hitam (individu) yang tidak benarkan masuk itu. Profil kita lengkap, itu tak jadi isu,” katanya.

Sebelum ini, seorang lelaki Israel berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel Jalan Ampang, di sini bersama beg berisi enam pucuk senjata dan 200 butir peluru, pada Rabu lalu.

Susulan itu, polis kemudiannya menahan pasangan suami isteri warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI