fbpx

Noir sediakan 1,000 pasang baju raya secara percuma kepada golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eryica (kiri) membantu sebuah keluarga memilih baju raya yang diberikan percuma di perkarangan kilang Sabella di Batu Caves, Gombak baru-baru ini.

PETALING JAYA – Keprihatinan usahawan produk terkenal selepas membaca kenyataan tular di media sosial berhubung ramai rakyat di negara ini tidak dapat membeli baju raya ekoran kekangan kewangan selain tekanan kos sara hidup yang semakin meningkatkan membuatkan pengeluar produk penjagaan kecantikan di bawah jenama Noir menganjurkan satu inisiatif murni pada hujung minggu lalu.

Pengasas syarikat, Eryica Baiduri berkata, idea tercetus apabila beliau sedang mengerjakan umrah baru-baru ini lantas menjalin kerjasama dengan rakan niaganya yang juga pengasas syarikat Sabella Holdings Sdn. Bhd (Sabella), Siti Fatimah Abdul Samat.

Menurut beliau, kerjasama itu membolehkan kedua-dua syarikat menawarkan sehingga 1,000 baju raya kepada golongan kurang berkemampuan untuk mengambil pakaian raya yang disediakan hanya dalam masa sehari pada Sabtu lalu.

“Mereka boleh memilih pelbagai koleksi pakaian yang disediakan di sini mengikut saiz yang telah dibahagikan di setiap bahagian bagi memudahkan proses tersebut.

“Sekurang-kurangnya dengan bantuan ini akan dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut perkarangan kilang Sabella baru-baru ini.

Menurut beliau, sesiapa sahaja boleh datang membuat pemilihan baju raya di sini kerana beliau percaya mereka yang berkunjung ke sini adalah kumpulan sasaran yang memerlukan bantuan seperti ini.

“Ada juga yang bertanya,bagaimana boleh mereka yang tinggal jauh dari Batu Caves ini untuk mendapatkan bantuan seperti ini tetapi beliau berharap mereka yang berada di kawasan sekitar dapat mengambil peluang keemasan ini.

“Masa adalah terhad kerana kami lakukan ini kerana tarikhnya terlalu dekat dengan cuti hari raya dan kami tidak dapat mengeposnya kepada mereka di luar kerana berkemungkinan ia tidak akan sampai pada waktu yang ditetapkan,” jelasnya.

Selain itu, melihat kepada kejayaan program ini, Eryica yang lebih dikenali sebagai madammu bercadang untuk meluaskan program ini ke negeri lain pada masa depan dengan melibatkan koleksi pakaian untuk golongan lelaki dan kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI