fbpx

Netanyahu jalani pembedahan selepas disahkan hidap hernia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netanyahu selesai menjalani pembedahan hernia. - AFP

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selesai menjalani pembedahan hernia, demikian menurut pejabatnya hari ini.

“Dia sedang pulih dan berada dalam keadaan baik,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan selepas pembedahan berlangsung malam semalam.

Doktor mendapati Netanyahu menghidap hernia atau angin pasang semasa dia melakukan pemeriksaan rutin kelmarin.

“Selepas berunding, keputusan dibuat agar dia menjalani pembedahan selepas melengkapkan jadual hariannya,” kata pejabatnya lagi.

Pembedahan itu dibuat ketika berpuluh-puluh ribu penduduk Israel melakukan protes di Baitulmuqaddis petang semalam bagi mendesak Netanyahu meletak jawatan.

Penunjuk perasaan turut menggesa Netanyahu mencapai perjanjian gencatan senjata untuk membebaskan berpuluh-puluh tebusan yang ditahan di Gaza selain menuntut pilihan raya diadakan segera. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI