fbpx

Neelofa geram, tumpang kecam pengasuh ‘durjana’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa meluahkan rasa geram apabila anak kepada pempengaruh Indonesia iaitu Emy Aghnia didera pengasuh sehingga mengalami kecederaan pada kepala, mata dan telinga.

PETALING JAYA – Selebriti terkenal, Neelofa terpanggil meluahkan rasa geram apabila anak kepada pempengaruh Indonesia iaitu Emy Aghnia didera pengasuh sehingga mengalami kecederaan pada kepala, mata dan telinga.

Meskipun berlaku di negara jiran, berita tersebut tular sehingga mendapat perhatian ramai termasuk pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, yang turut melepaskan amarah terhadap pelaku.

“Memang tiada rupa manusia kalau dapat ini,” katanya menerusi ruangan komen dalam Instagram Emy.

Dalam masa sama, pengacara Next To Neelofa itu turut mendoakan keselamatan setiap kanak-kanak supaya sentiasa dalam peliharaan Allah.

“Doa sentiasa anak-anak kita dalam jagaan dan lindungan Allah SWT di mana serta dengan siapa mereka pun,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Emy Aghnia mendedahkan anaknya yang berusia tiga tahun didera pengasuh yang sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Kejadian yang mengakibatkan kecederaan serta trauma tersebut telah dilaporkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, beberapa artis lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aeril Zafril dan Mira Filzah turut meluahkan rasa sebak selepas melihat keadaan anak itu diperlakukan sebegitu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI