fbpx

Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai hulur duit raya kepada 150 asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Nazri (kiri) menyerahkan duit raya kepada salah seorang penerima bantuan pada majlis berbuka puasa di Masjid Al Mukhlisin di Alam Damai, Cheras baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tradisi berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadan ini adalah satu aktiviti tahunan anjuran ahli jawatankuasa Masjid Al-Mukhlisin di Alam Damai, Cheras.

Pengerusi masjid tersebut, Datuk Ahmad Nazri Ibrahim berkata, ini adalah salah satu usaha yang dijalankan untuk membantu kumpulan sasaran apatah lagi bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi mereka.

Pihaknya telah mengenalpasti 150 asnaf menerima sumbangan duit raya sebanyak RM200 seorang dan berbuka puasa bersama-sama dalam satu majlis yang meriah di masjid berkenaan.

“Senarai nama penerima bantuan ini telah dikemaskini setiap tahun dan mereka telah dikenalpasti sebagai penerima bantuan yang layak untuk mendapat manfaat daripada sumbangan ini.

“Kami berharap ia sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka dalam menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” kataya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di masjid dan penyerahan sumbangan baru-baru ini.

Selain itu, Ahmad Nazri menerangkan, pihaknya juga telah menyerahkan sumbangan duit raya sebanyak RM2,000 kepada tujuh buah masjid di bawah kariah Masjid Al-Mukhlisin.

“Kami turut menyumbang sebanyak RM1,000 kepada pusat tahfiz dan rumah anak yatim yang mana ia juga adalah di bawah kariah masjid kami,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI