fbpx

Kerja alih struktur jambatan runtuh di Baltimore bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA-kerja mengalihkan struktur Jambatan Francis Scott Key, Baltimore bermula semalam. - AFP

WASHINGTON –  Kerja-kerja rumit dan berbahaya bagi memotong struktur jambatan yang runtuh selepas dirempuh kapal kontena di Baltimore, dimulakan semalam, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Kren digunakan untuk memindahkan struktur jambatan Jambatan Francis Scott Key yang runtuh pada minggu lalu, sebelum ia dialihkan ke sebuah pelabuhan perindustrian berhampiran.

Dalam masa sama, tiga pasukan penyelam meninjau bahagian struktur yang tenggelam di dasar Sungai Patapsco. 

Proses memindahkan struktur itu akan membolehkan pasukan mencari dan menyelamat meneruskan pencarian empat mayat mangsa yang masih hilang.

Empat daripada lapan pekerja yang berada di jambatan ketika kejadian runtuhan tersebut dianggap telah meninggal dunia oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat, Pete Buttigieg berkata, Kor Jurutera Tentera akan menilai kerosakan pada infrastruktur bawah air.

Menurutnya, jambatan asal itu mengambil masa kira-kira lima tahun untuk dibina tetapi ia bukan petunjuk tentang tempoh pembinaan bagi menggantikannya.

“Ini akan menjadi proses yang sangat kompleks,” katanya. 

Dalam kejadian pada Selasa minggu lalu, Jambatan Francis Scott Key runtuh selepas dirempuh oleh kapal kontena berbendera Singapura. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI