fbpx

Isu surat layang: FAM sedia buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin (kiri) berucap pada Kongres Tahunan ke-60 FAM di Hotel Grand Dorsett di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia mempertimbangkan untuk membuat laporan polis susulan ‘surat layang’ yang tular sehingga menjejaskan integriti serta pengurusan badan induk itu sejak semalam.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui sedih dengan penyebaran tohmahan terbabit yang dilakukan pada penghujung Ramadan dan pihak persatuan perlu hadapi ujian tersebut sebagai satu cabaran.

“FAM juga sedang menimbang untuk membuat laporan polis berhubung surat layang terbabit kerana ia menimbulkan persepsi negatif khususnya dalam kalangan peminat bola sepak tanah air dan juga antarabangsa.

“Kalau hari-hari dapat surat layang letih juga. Namun, FAM juga cuba mendapatkan bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengesan dari mana sumber asal e-mel surat layang terbabit.

“Jika ia membabitkan staf FAM, siasatan dalaman menerusi Jawatankuasa Integriti turut akan dibuat,” kata Hamidin selepas Kongres FAM ke-60 di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Sebagai rekod, isu melibatkan kemelut dalaman FAM telah tular di media sosial menerusi ‘surat layang’ dalam bentuk e-mel dan aplikasi whatsapp sejak semalam.

Empat perkara utama yang dibangkitkan ialah penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, gaji serta insentif kakitangan, isu membabitkan skuad Harimau Malaya dan projek Pusat Latihan Kebangsaan di Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI