fbpx

Bayern akur kibar ‘bendera putih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN tewas berdepan Dortmund awal pagi semalam sekali gus menjadikan peluang memenangi Bundesliga seakan mustahil. - AFP

MUNICH – Jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel akhirnya mengibar bendera putih dalam perebutan takhta Bundesliga selepas pasukan itu tewas 0-2 kepada Borussia Dortmund di Allianz Arena awal pagi semalam.

Meskipun beraksi di laman sendiri, namun Bayern gagal memanfaatkan kelebihan tersebut apabila sekadar melakukan dua percubaan tepat ke arah pintu gol pasukan pelawat sepanjang 90 minit permainan.

Saingan liga masih berbaki tujuh perlawanan, namun Tuchel sudah pun mengucapkan tahniah kepada pendahulu liga, Bayer Leverkusen memandangkan skuad kendalian Xabi Alonso itu mendahului saingan dengan perbezaan 13 mata.

“Tahniah kepada Leverkusen. Bagi saya, perebutan takhta liga sudah pun berakhir dan tidak ada apa-apa yang perlu saya cakap lagi kerana perbezaan mata cukup besar antara Bayern dan Leverkusen.

“Sudah tentu kami semua sangat kecewa kerana Bayern sepatutnya mendapatkan tiga mata memandangkan beraksi di laman sendiri. Kami hanya perlu salahkan diri sendiri atas kekalahan ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, Dortmund membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi Karim Adeyemi sebelum mereka melengkapkan hari cemerlang dengan gol kedua hasil jaringan Julian Ryerson tujuh minit sebelum perlawanan tamat.

“Saya bukanlah seorang profesor matematik dan bukannya tidak pandai mengira tetapi jika dilihat pada perbezaan mata sekarang, ia adalah sesuatu yang mustahil untuk kami mengejar mereka (Leverkusen),” ujar pemain tengah Bayern, Thomas Muller. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI