fbpx

Wanita ditemui meninggal dunia atas sejadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita ditemui meninggal dunia di rumahnya di Taman Inang, Alor Setar malam tadi. - Foto IHSAN JBPM

ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 59 tahun ditemui meninggal dunia di rumahnya di Taman Inang, di sini malam tadi.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di atas sejadah sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai mangsa terperangkap di dalam rumah pada pukul 8.46 malam.

Kata beliau, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar bersama 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba didapati terdapat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam rumah tersebut.

“Anggota seterusnya memecahkan pintu menggunakan peralatan khas,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI