fbpx

Wanita berdepan penjara 7 tahun kerana ‘review’ negatif produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Okoli menyuarakan pendapatnya mengeni produk puri tomato yang dibelinya. – AGENSI

ABUJA, Nigeria – Seorang wanita di Nigeria berdepan hukuman penjara tujuh tahun kerana menyiarkan ulasan negatif secara online bagi produk tomato puri dalam tin, lapor laman berita Oddity Central. 

Pada September tahun lalu, Chioma Okoli, 39, yang merupakan seorang pengguna Facebook telah menyuarakan pendapatnya mengeni produk puri tomato yang dibelinya.

Dia mendakwa produk itu mengandungi terlalu banyak gula serta meminta pengikutnya menyatakan pendapat mereka. 

Seorang individu yang mendakwa sebagai kakak kepada pengasas Erisco Foods Limited, meminta Okoli agar berhenti menghina produk itu.

Erisco Foods Limited merupakan syarikat pengeluar puri tomato berkenaan.

Firma itu turut menyaman Okoli sebanyak 5 bilion naira (RM18.1 juta) kerana mendakwa wanita itu telah mengakibatkan publisiti buruk dan masalah serius seperti kehilangan pembekal.

Okoli kini berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda 7 juta naira (RM25,357), atau kedua-duanya sekali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI