PETALING JAYA – Rasulullah SAW juga tidak pernah memanggil orang bukan beragama Islam dengan perkataan kafir di hadapan mereka.
Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, perkataan kafir adalah nisbah akidah di mana untuk menceritakan tentang beza orang muslim dan kafir (bukan muslim).
“Mana ada orang Islam pergi kedai jumpa orang orang kafir panggil wahai orang kafir, nabi sendiri pun tidak ada panggil macam tu.
“Pegangan selain Islam memang kita panggil kafir, kafir ini menjelaskan tentang akidahnya sebagai bukan orang Islam, kena faham, kita tak ada panggil depan-depan orang tu kafir,” jelasnya.
Katanya lagi, teruskan lah kita sebagai orang muslim untuk menyebarkan tentang ilmu agama untuk menerangkan tentang Islam mahupun kafir.
Bagaimanapun katanya, setiap mazhab yang ada kita berbudaya dan berakhlak kalau berhadapan dengan orang kafir kita tidak sebut perkataan orang itu kafir.
“Nabi panggil nama, di hadapan mereka nabi tak panggil kafir.
“Di belakang mereka kita sebut kafir adalah kerana ingin menceritakan tentang peri sifat mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.