fbpx

Syarikat pembina optimis sasaran 10,000 stesen pengecas EV mampu dicapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan anak yatim ketika hadir di Majlis Ihya Ramadhan Dan Iftar Perdana di Masjid Jamek Al Ansar, Felcra Changkat Lada, Kampong Gajah, hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

PASIR SALAK – Syarikat yang terlibat dalam pembinaan dan pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) yakin mampu mendirikan 10,000 stesen tersebut di negara ini menjelang akhir tahun depan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keyakinan itu dinyatakan pihak terlibat dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

“Setakat (hari) ini, sudah 2,100 stesen pengecas EV dibina (berbanding 1,500 stesen yang dicatatkan pada Januari lalu),” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ihya’ Ramadan dan Iftar Perdana di pekarangan Masjid Bandar Baru Felcra Seberang Perak, di sini, malam tadi.

Tengku Zafrul bagaimanapun memaklumkan mesyuarat berkaitan stesen pengecas itu akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri.

Menurutnya, bilangan 10,000 stesen itu adalah sasaran awal yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

Jelasnya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan melakukan perancangan rapi untuk meletakkan sasaran baharu jika sasaran 10,000 stesen itu tidak boleh dicapai.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan berdasarkan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke negara Eropah, baru-baru ini, didapati Malaysia masih lagi menjadi tarikan pelaburan daripada aspek kos kerana masih rendah berbanding negara lain.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI