BUKAN sahaja dilahirkan memiliki raut wajah mempersonakan, malah gadis kelahiran Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor Nurul Nabilah Pozi memilik suara lunak dan merdu.
Malah, bekas pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan daripada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang ini merupakan seorang pelajar cemerlang sehingga bakal meraih Anugerah Dekan pada majlis konvokesyen yang dijadual diadakan Oktober nanti.
Mesra disapa Bello, gadis yang gemar menyanyi ini berkongsi kepada Kosmo! Ahad latar belakang kehidupannya kepada pembaca.
Kosmo! Ahad: Kenalkan diri Bello?
Bello: Saya diahirkan dan dibesarkan di Pasir Gudang, Johor Bahru. Saya merupakan anak keempat daripada lima beradik. Saya merupakan bekas pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dan sedang menunggu untuk graduasi pada Oktober depan.
Hobi di masa lapang Bello?
Hobi saya suka menyanyi. Hampir setiap bulan saya akan ke pusat karaoke dan ini adalah salah satu cara saya untuk melepaskan tekanan selepas penat bekerja
Apakah perancangan masa depan Bello?
Sejak kecil saya memasang angan-angan mahu menjadi seorang pendidik.
Jadi untuk masa depan, saya akan berusaha untuk tingkatkan tahap pendidikan saya ke peringkat lebih tinggi sehingga boleh jadi seorang pensyarah satu hari kelak.
Pencapaian Bello dalam akademik?
Sebelum ini, saya menuntut peringkat sijil di Kolej Komuniti Tangga Batu dan memperoleh keputusan cemerlang iaitu 3.69 dan peringkat diploma pula saya mencapati Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA). 3.72 dan bakal menerima anugerah dekan pada hari konvoksyen Oktober
depan.
Pendapat Bello tentang istilah beauty with brain?
Sudah tentu sangat penting untuk wanita hari ini menjadi bijak, mampu berfikiran kritis dan tidak hanya bergantung kepada paras rupa cantik sahaja.
Begitupun bukan menjadi keutamaan Bello mengejar status menjadi wanita cantik yang bijak di sisi masyarakat.
Sebaliknya, saya cintakan ilmu di samping sentiasa menjaga penampilan diri.
Ciri-ciri lelaki idaman Bello?
Saya suka lelaki yang soft spoken, kelakar dan pandai menyesuaikan diri dengan orang tua.
Paling penting sekali, lelaki itu harus menghormati wanita dan ahli keluarga Bello.
Fakta menarik tentang Bello?
Saya merupakan seorang gadis yang aktif dan dianugerahkan mempunyai peti suara yang sedap didengar. Saya merupakan vokalis kumpulan muzik di PIS selain pernah membuat persembahan pada majlis konvokesyen sebelum ini.
Pendapat Bello tentang graduan politeknik?
Bagi saya, graduan yang lahir dari institusi politeknik ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang tiada dalam diri pelajar institusi pendidikan awam yang lain.
Belajar politeknik lebih kepada kemahiran dan ilmu yang kita dapat memang diperlukan pihak industri dan sekaligus memberi peluang cerah kepada kita untuk mengisi kekosongan jawatan di mana-mana tempat.
Macam mana persediaan Aidilfitri tahun ini?
Sambutan Aidilfitri bagi tahun ini agak suram dan tidak semeriah tahun sebelumnya apabila nenek kesayangan saya, Allahyarham Turiah Yusoff telah dijemput Ilahi pada usia 102 tahun kerana sakit tua ketika umat Islam menyambut 1 Ramadan pada 12 Mac lalu. Suasana lain sikit sebab tahun ini kami akan ziarah pusaranya di Batu
Pahat.