fbpx

NKMH, Pertubuhan Ad Deen edar pek berbuka puasa kepada rakan jalanan di Chow Kit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Hafiz Che Yahaya (lima dari kanan) bersama sebahagian daripada pengurusan kanan NKMH dan Pertubuhan Ad Deen bergambar bersama pada majlis penyerahan pek makanan di Chow Kit baru-baru ini

PETALING JAYA – NKMH Media Sdn. Bhd. (NKMH) telah bekerjasama dengan Pertubuhan Ad Deen untuk menyantuni 300 rakan jalanan dengan mengedarkan lebih daripada 300 pek makanan untuk berbuka puasa baru-baru ini.

Pengarah Operasi NKMH, Muhamad Hafiz Che Yahaya berkata, ini adalah salah satu inisiatif daripada program tanggung jawab sosial korporat syarikat bagi membantu golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadan kali ini.

Menurut beliau, ini merupakan tahun ke tujuh program CSR syarikat dan pada tahun ini, pihaknya memberi tumpuan kepada usaha membantu golongan rakan jalanan.

“Kami bersama-sama Pertubuhan Ad Deen untuk menganjurkan sebuah kempen untuk mengumpul dana dan menyumbangkan pula kepada rakan jalanan di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

“Rakan jalanan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, mereka bukan gelandangan yang homeless tetapi terdiri daripada miskin bandar.

“Ada dalam kalangan mereka yang bekerja dan mempunyai tempat tinggal tetapi tidak memiliki duit yang mencukupi untuk membeli makanan. Tetapi ada juga kumpulan yang tidak bekerja dan tidak mempunyai tempat tinggal, mereka miskin tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian pek makanan untuk berbuka puasa di kawasan sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, Setiausaha Pertubuhan Ad Deen, Khairul Sani menjelaskan, kerjasama pihaknya dengan NKMH bukan sahaja melibatkan kumpulan sasaran di Lembah Klang tetapi juga di luar kawasan tersebut.

Ini dapat dilihat pada perancangan syarikat yang sedang dirangka untuk menganjurkan beberapa program penyampaian bantuan kepada kumpulan sasaran di Semporna, Sabah.

“Untuk tahun ini kami telah merancang untuk melaksanakan beberapa kempen antaranya Wakaf Kain Kafan dan wakaf van jenazah,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI