fbpx

Neelofa, PU Riz semakin ‘rosak’ di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang semakin 'sporting' di media sosial.

SEJAK dah berkahwin dan ada dua orang cahaya mata, pasangan popular Neelofa dan suami, Haris Ismail semakin ‘rosak’ nampaknya.

Itu kata kata netizen. Tetapi, mereka bukan rosak sebab akhlak tau. Cuma, masing-masing sekarang semakin lucu dan kelakar! Dah rosak sampai kena baiki nampaknya.

Neelofa yang dikenali sebelum ini sebagai seorang wanita yang anggun dan elegan, sejak akhir-akhir ini bertukar menjadi isteri dan ibu yang melucukan.

Ada sahaja konten video mencuit hati yang dikongsikan sehingga membuatkan Diva pun tergeletek berdekah ketawa.

Sama naik, apabila Neelofa bergabung dengan suaminya, Haris, makin menjadi-jadi pula.

Memang Diva terhibur betul melihat gelagat pasangan suami isteri itu, semoga hubungan mereka kekal bahagia hingga ke syurga.

DIVA: Melekat betul lagu raya De Fam, Alamak Raya Lagi dalam otak. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI