fbpx

Nak buang sampah merata, hilangkan bukti sekali – ADUN Duyong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian Mohd. Norhelmy di Facebooknya, hari ini.

PETALING JAYA – “Tak tinggi pun nilai kompaun tu. Tapi yang pasti masa terima tu hati sakit kan? Begitulah sakitnya hati ku ini”.

Itu ungkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Norhelmy Abdul Halem susulan tindakan tidak bertanggungjawab seorang individu yang dikesan membuang sampah di tempat tidak sepatutnya.

Bagaimanapun, individu berkenaan berjaya dijejaki di rumahnya menerusi satu surat yang ditemui bersama sampah dibuang hasil pemeriksaan pegawai bertugas.

Mohd. Norhelmy dengan sinis berkata, jika ada mana-mana pihak turut berhasrat untuk membuang sampah merata-rata, pastikan mereka tidak meninggalkan sebarang bukti supaya tidak menerima ‘nasib’ sama dengan pelaku berkenaan.

“Lain kali kalau nak buang sampah merata, hilangkan bukti sekali. Tak dapat tak apa. Kalau dapat, kompaun datang rumah. Terlepas kat dunia jangan gembira sangat.

“Nanti kat Padang Mahsyar ketika perbuatan kita ditayangkan semula, tak ke malu muka kita ditunjuk buang sampah merata mcm orang tak ada iman di dada,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI