fbpx

Liverpool enggan tercicir mata lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL perlu menewaskan Brighton malam ini jika mahu terus mencabar kejuaraan EPL musim ini. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp tetap me­nyanjungi rakan sejawatnya di Brighton iaitu Roberto De Zerbi ketika kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam ini.

De Zerbi kekal sebagai calon utama untuk menggantikan Klopp musim depan selain pengendali kelab Portugal, Sporting Lisbon, Ruben Amorim selepas Xabi Alonso kekal di Bayer Leverkusen untuk tempoh semusim lagi.

Klopp memuji De Zerbi dan menganggap pengurus itu antara calon tepat terutamanya selepas apa yang dilakukannya bersama Brighton.

“Kami akan turun ke gelanggang untuk meraih tiga mata dan sasaran itu cukup jelas. Namun, kami sedar betapa sukarnya untuk menghadapi Brighton.

“Roberto (De Zerbi) sudah melakukan tugasnya dengan cukup baik, namun kami juga pamer peningkatan dalam tempoh 18 bulan sejak perhitungan pertama dengan Brighton.

“Kami perlu mengganggu rentak mereka dan ia akan menjadikan perlawanan ini menarik. Sudah pasti saya tidak sabar untuk menghadapi perlawanan ini,” katanya.

The Reds kini tidak boleh lagi tercicir mata untuk mencerahkan peluang bergelar juara ketika dua pencabar terdekatnya, Manchester City dan Arsenal akan buat perhitungan sesama sendiri.

Dalam masa sama, Klopp memahami keputusan Alonso untuk kekal bersama Lever­kusen.

“Saya boleh bercakap tentang pengurus muda di sesebuah kelab dan meraih kejayaan. Saya juga lakukan perkara yang sama dan tidak pernah menyesal de­ngan keputusan itu,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI