TAK pasal-pasal, pelakon Datin Lisa Surihani dituduh sebagai riak gara-gara mendedahkan sudah berjaya khatam al-Quran sebanyak lima kali.
Menerusi temu bual bersama media baru-baru ini, isteri kepada pengarah, Datuk Yusry Abd. Halim itu sekadar berkongsi aktivitinya pada bukan Ramadan di mana dia selalu melakukan tadarus al-Quran hampir setiap hari.
Dalam temu bual tersebut, Lisa turut memberitahu masih lagi dalam proses untuk membaca al-Quran, walaupun sudah khatam sebanyak lima kali.
Namun, pendedahan Lisa itu nampaknya membuatkan ada netizen berasa kurang senang, sehingga melabelnya dengan gelaran riak (sombong).
“Riak,” katanya ringkas.
Bagaimanapun, ramai netizen menyebelahi Lisa dan berkata dia hanya menjawab soalan dan berkongsi amalannya ketika bulan Ramadan.
Tampil membela diri, netizen tersebut berkata dia cuma mengeluarkan perkataan riak, tanpa memaki hamun atau memarahi Lisa.
“Saya cuma kata riak je, tak kata apa apa pun tak ada maki hamun pun,” balasnya.
Hari baik, bulan baik tak perlulah nak komen perkara yang boleh menyakitkan hati. Buang pahala sahaja sebab buat orang lain marah.
DIVA: Semoga artis veteran, Jaafar Onn yang kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat kembali sembuh seperti sedia kala.