fbpx

Lelaki buat aksi ‘wheelie’ depan polis didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penunggang motosikal lelaki (kiri) membuat aksi 'wheelie' di hadapan polis di Uttar Pradesh baru-baru ini. - Foto India Today

NEW DELHI – Seorang penunggang motosikal didenda selepas dia membuat aksi ‘wheelie’ di hadapan beberapa anggota polis di negeri Uttar Pradesh, lapor laman berita India Today.

Dalam satu klip video berdurasi 10 saat, lelaki berkenaan melakukan aksi berbahaya itu ketika dia diekori oleh tiga anggota polis yang turut menunggang dua motosikal.

Sejurus video itu muncul di internet, Polis Nawabganj di Kanpur melancarkan siasatan dan menangkap lelaki yang melakukan aksi tersebut.

Dia kemudian didenda sebanyak 5,000 rupee (RM283.38) di bawah Akta Kenderaan Bermotor. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI