fbpx

KKM terus pantau perokok di kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tetap meneruskan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di premis awam seperti kedai makan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jika ada pihak ingin menyediakan tempat khas untuk merokok, ia mesti dibina mengikut syarat-syarat ditetapkan.

Selain itu katanya, ia juga perlu mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu.

“Ia dilakukan sebagaimana termaktub dalam peraturan-peraturan sedia ada.

“KKM akan terus beri kerjasama kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PBT dalam memantau pematuhan terhadap peraturan ini,” katanya menerusi Facebook.

Pada masa sama katanya, KKM juga akan memperhebatkan usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya merokok menerusi pelbagai kempen dan aktiviti pencegahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI