fbpx

[KEMASKINI] 3 remaja hilang di Hutan Pulau Kerengga ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga remaja yang hilang ketika memikat ayam hutan ditemui selamat di kawasan hutan berhampiran Kampung Pulau Kerengga, Marang hari ini.

MARANG – Tiga remaja yang tersesat sewaktu memikat ayam hutan di dalam hutan berhampiran Pulau Kerengga di sini semalam berjaya ditemui dalam keadaan selamat sebentar tadi.

Ketiga-tiga mangsa iaitu Muhamad Adam Ajmal Zainudin, 15; dan Muhammad Amirul Haziq Selamat serta Muhamad Harris Kamarudin yang berusia 16 tahun ditemui dalam keadaan lemah pada pukul 8.13 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Che Mohd. Badrul Isham Che Mohd. Noor berkata, mereka dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada kedudukan kira-kira empat kilometer (km) dari pinggir hutan.

“Sewaktu ditemui ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan lemah dan mengalami luka-luka kecil pada bahagian badan.

“Mereka telah dihantar ke Klinik Kesihatan Gong Balai di sini untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Muhamad Adam Ajmal, Muhammad Amirul Haziq dan Muhamad Harris dikatakan memasuki hutan berkenaan untuk memikat ayam hutan pada pukul 11 pagi kelmarin.

Mereka kemudiannya menyedari tersesat beberapa jam kemudian sebelum menghubungi ahli keluarga masing-masing untuk meminta bantuan.

Sepasukan anggota bomba bergegas kel lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kes tersebut pada pukul 4.19 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI