fbpx

Jeritan misteri didengari di stesen kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA memeriksa ruang kosong selepas jeritan wanita didengar di Stesen Kereta Api Bandung kelmarin. - Foto Stesen Kereta Api Bandung

JAKARTA – Suara misteri jeritan wanita didengari oleh sebahagian penumpang di sebuah ruang kosong di Stesen Kereta Api Bandung pada petang kelmarin, lapor laman berita Tribun Jateng hari ini.

Selepas melakukan pemeriksaan, dua pekerja stesen tersebut gagal untuk mencari wanita yang menjerit itu, manakala ruang dekat tempat menunggu tersebut disahkan kosong tanpa kehadiran orang ramai.

Satu klip video mengenainya dimuat naik semalam oleh seorang pengguna platform X yang menggunakan akaun @remajasosmed, namun dia tidak sempat merakam suara tersebut.

“Kejadian seram di stesen bandung. Ada suara di ruang (kosong) tapi tiada orang. Sudah tiga kali diperiksa tetapi tiada sesiapa pun,” tulisnya di X. 

Seorang pengurus di stesen kereta api itu, Ayep Hanafi mengesahkan tentang suara misteri tersebut dan menyatakan bahawa kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Menurutnya, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun masuk ke ruangan itu berseorangan sebelum menangis kerana mendengar jeritan wanita.

“Sebahagian penumpang turut mendengar jeritan itu,” katanya kepada akhbar Kompas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI