fbpx

Cuaca buruk hampir seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir hampir di seluruh negara malam ini.

Menurut MetMalaysia, ia membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan barat Johor.

“Hujan lebat turut diramal melanda Sabah dan Sarawak yang dijangka berlarutan sehingga awal malam nanti,” katanya hari ini.

Sementara itu, katanya, cuaca lembab yang berlaku sejak tiga hari lalu sedikit sebanyak menurunkan suhu maksimum harian terutamanya di Semenanjung.

“Namun, terdapat beberapa kawasan yang masih menerima suhu harian melebihi 35 darjah Celsius iaitu di Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Pahang dan Negeri Sembilan pada tahap berjaga-jaga.

“Di Sabah dan Sarawak pula melibatkan daerah Beaufort, Keningau dan Limbang,” ujarnya.

Tambahnya, keadaan cuaca panas dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI