fbpx

Afifah Nasir sayu nak tinggalkan rumah ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afifah turut menzahirkan rasa terima kasih kepada ibu bapanya kerana telah menjadi penjaga yang baik membesarkan dirinya bersama adik-beradik yang lain.

PETALING JAYA – Bakal bertukar status menjadi isteri dalam masa terdekat, perasaan pelakon Afifah Nasir kini berbolak-balik, antara sedih dan gembira bercampur-campur.

Gembira akan melestarikan janji membina mahligai bahagia bersama lelaki pilihan, Syed Hariz sebagai sauami, namun dalam masa sama, Afifah turut dilanda rasa sayu sudah tidak lagi sebumbung dengan ibu bapa apabila sudah berkahwin kelak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Afifah atau nama lengkapnya Nur Afifah Nasir, 31, dalam Instagram, pelakon itu turut menzahirkan rasa terima kasih kepada ibu bapanya kerana telah menjadi penjaga yang baik membesarkan dirinya bersama adik-beradik yang lain.

“Saya kini telah bertunang dan semakin hampir untuk berkahwin, sekali gus tidak lagi tinggal di bawah satu bumbung dengan ibu bapa.

“Kepada mama dan daddy (ibu dan ayah), saya tidak mampu untuk membalas semua kebaikan dan jasa kalian sejak saya dilahirkan sehingga hari ini.

“Kamu berdua telah memberikan kami, adik-beradik banyak pengalaman semasa tinggal di beberapa buah negara, namun tidak pernah sesekali kami rasa tidak disayangi, perhatian dan wang. Semuanya lengkap dan saya sangat bersyukur,” luah Afifah.

Tambah adik kepada pelakon, Anzalna Nasir itu lagi, dia turut terharu apabila ibu bapanya sedaya upaya untuk menyediakan kelengkapan dan memenuhi kehendaknya serta adik beradik yang lain.’

“Kamu berdua sediakan saya segala-galanya yang kanak-kanak lain mahukan. Apa yang saya ingin makan dan mahu pakai, segalanya.

“Saya sedih, selepas tinggal bersama kamu sepanjang hidup ini, tidak lama lagi saya akan meninggalkan rumah.

“Namun, satu perkara yang kamu berdua perlu tahu, saya sangat bersyukur atas segala-galanya. Saya cintakan kamu berdua,” kata Afifah.

Menerusi hantaran dalam InstaStory miliknya pula, pelakon filem Budak Kripto itu berkongsi suasana ketika sedang mengadakan perbincangan persediaan menjelang hari bahagianya tidak lama lagi.

Pada bulan lalu, Afifah berkongsi detik dilamar kekasih di atas sayap sebuah pesawat ringan.

Selang sehari kemudian, Afifah dan Hariz kemudiannya melangsungkan majlis pertunangan yang hanya dihadiri keluarga terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI