fbpx

5 kereta api terlaju di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERKHIDMATAN kereta api laju merupakan antara alternatif paling efektif berbanding menaiki pesawat untuk perjalanan sehingga 1,100 kilometer.
Selain mampu tiba ke destinasi dengan pantas, perjalanan menaiki kereta api laju juga adalah mudah dan cukup selesa.
Minggu ini, Panorama menyenaraikan lima perkhidmatan kereta api atau tren terlaju di dunia seperti mana yang dilaporkan CNN Travel.

 

SHANGHAI MAGLEV

1. Shanghai Maglev, China (Kelajuan 460 kilometer sejam)

Tren Shanghai Maglev atau Shanghai Transrapid merupakan tren yang beroperasi di laluan dari Lapangan Terbang Pudong, Shanghai dengan stesen Longyang Road di pusat bandar Shanghai.
Tren itu menjadi satu-satunya pengangkutan di dunia yang membawa penumpang menggunakan teknologi levitasi magnetik (Maglev) berbanding roda keluli konvensional.
Dengan kelajuan mencecah 460 kilometer sejam, perjalanan 30km hanya mengambil masa kira-kira tujuh minit.

 

2. CR400 ‘Fuxing’, China
(Kelajuan 350km/j)

Kereta api CR400 ‘Fuxing’ bergerak dengan kelajuan maksimum komersial 350km/j walaupun ia berjaya mencapai kelajuan 420 km/j ketika sesi ujian. Ia dikendalikan oleh China Railway Corporation.
Menurut satu kenyataan dari industri teknologi kereta api China, tren tersebut telah dibangunkan daripada kereta api berkelajuan tinggi generasi terdahulu yang berasaskan teknologi yang diimport dari Eropah dan Jepun.
‘Fuxing’ dilengkapi 16 buah gerabak yang mampu memuatkan seramai 1,200 penumpang. Ia juga dilengkapi ciri ‘kabin pintar’ yang direka untuk keadaan cuaca yang melampau dan operasi autonomi.

 

3. ICE3, Jerman (Kelajuan 330km/j)

Jenama InterCity Express (ICE) Jerman yang terkenal di dunia merangkumi sekumpulan besar kereta api laju yang digunakan di pelbagai laluan.
Kereta api terlaju ICE adalah ICE3, yang telah wujud sejak 1999 dan beroperasi dari lauan Cologne ke Frankfurt.
Kelajuan operasi biasa bagi ICE3 adalah 300km/j, namun diberi kebenaran untuk beroperasi sehingga 330km/j sekiranya mengalami kelewatan.

 

4. TGV, Perancis (Kelajuan 320km/j)

Perancis adalah pemegang rekod dunia bagi tempoh paling lama untuk kereta api konvensional paling laju yang pernah mencapai kelajuan 574.8 km/j pada 3 April 2007. Namun, kini kelajuan sebegitu tidak lagi wujud berikutan evolusi peluasan jaringan.
Bergerak pada kelajuan 150 meter sesaat, kelajuan tersebut adalah hampir dua kali ganda berbanding kelajuan maksimum perkhidmatan Train a Grand Vitesse (TGV) masa kini. TGV masa kini beroperasi di beberapa laluan termasuk Paris ke Lyon, Marseille, Bordeaux, Nantes, Strasbourg, Lille, Brussels dan London dengan kelajuan 320km/j.

 

5. JR East E5, Jepun
(Kelajuan 320km/j)

Jepun memperkenalkan dunia kepada konsep kereta api berkelajuan tinggi baharu pada tahun 1964 dan terus menjadi peneraju global menerusi sistem Shinkansen atau ‘bullet train’ negara itu.
Walaupun kebanyakan Shinkansen kini beroperasi pada kelajuan maksimum 300km/j, ‘kereta api peluru’ E5 ini mampu mencecah kelajuan 320km/j untuk Tohoku Shinkansen, iaitu laluan utara dari Tokyo ke Shin-Aomori.
Setiap kereta api mempunyai 731 tempat duduk, manakala bahagian ‘hidungnya’ yang panjang direka untuk menghalang bunyi kuat yang dihasilkan daripada tekanan udara yang tidak sekata apabila kereta api memasuki terowong pada kelajuan tinggi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI