fbpx

48.5 pekerja asing berdaftar RTK 2.0 laku verifikasi di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Hanya 48.5 peratus pekerja asing di Terengganu yang didaftarkan untuk Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) tampil melakukan verifikasi yang berakhir hari ini.

Pengarah Imigresen Terengganu, Azhar Abd. Hamid berkata, sebelum ini, 6,855 pekerja asing tersebut telah diarahkan tampil di pejabat agensi itu bagi melakukan proses verifikasi berkenaan sejak awal tahun ini.

“Begitupun, hanya 3,528 orang yang berbuat demikian sehingga tarikh akhir diberikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu hari ini.

“Tindakan imigresen boleh diambil selepas ini terhadap 3,327 pekerja asing seluruh negeri ini yang gagal berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di pejabat Imigresen Terengganu di sini hari ini.

Azhar berkata, sebanyak 712 majikan seluruh Terengganu telah mendaftarkan 6,855 pekerja asing mereka dalam program RTK 2.0 yang berakhir 31 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, proses verifikasi diperlukan bagi memastikan pekerja asing didaftarkan benar-benar wujud dan majikan terlibat juga sah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Majikan yang gagal melakukan proses verifikasi pekerja asing dan terus menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah boleh dikenakan beberapa tindakan undang-undang mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 19623 serta Seksyen 55E dan Seksyen 56(1)(d) akta sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI