fbpx

10 kemaruk judi terup dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seramai 10 kaki judi diberkas ketika leka mempertaruhkan wang secara haram di taman permainan di sebuah flat di Jalan Batu Uban, Gelugor di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,736, 52 keping daun terup, dua meja dan dua lampu suluh yang dipercayai digunakan untuk berjudi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 36 tahun.

“Kesemua suspek ditahan kerana disyaki bermain judi daun terup di kawasan terbuka.

“Polis turut merampas wang tunai dan peralatan yang digunakan untuk bermain judi ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI