fbpx

Pulang lah Devi, ibu maafkan kamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEVI NURFAZILA ENDANG HIDAYAT yang dilaporkan hilang dari kediaman sejak 2 Mac lalu.

KLUANG – Seorang wanita ibu tunggal merayu orang ramai membantu mengesan anak perempuannya yang melarikan diri daripada kediaman di Taman Sri Impian di sini sejak 2 Mac lalu.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ummi, 48, berkata, anaknya, Devi Nurfazila Endang Hidayat, 16, kini dipercayai berada di Skudai bersama seorang wanita namun tidak diketahui kedudukannya yang tepat.

Katanya, dua laporan polis sudah dilakukan masing-masing satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan IPD Skudai bagi membantu mencari anak bongsu daripada dua beradik itu.

“Devi dipercayai keluar daripada rumah antara pukul 3 hingga 5 pagi kerana sebelum itu dia ada bersama saya dan hanya disedari kehilangan ketika bangun pagi untuk sembahyang subuh.

“Puncanya hanya sebab dimarahi kerana berbohong dengan saya apabila keluar ke Gunung Berlumut bersama kawan-kawan hingga lewat petang namun memberi alasan mengikut jiran pergi ke Senai,katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut Ummi lagi, apa yang membimbangkannya adalah semua dokumen diri dibawa bersama seolah-olah tidak akan pulang semula ke rumah sedangkan masih perlu bersekolah lagi.

Ujarnya, anaknya itu merupakan seorang pelajar pintar di sekolahnya di Taman Sri Lambak dan tindakan dilakukan hanya kerana terpengaruh dengan hasutan rakan-rakan.

“Balik lah nak, ibu maafkan kamu… Hari baik bulan baik ni kenapa nak berkecil hati, ibu marah pun kerana sayangkan kamu,” rayu Ummi kepada anaknya.

Kepada mereka yang mengetahui dimana Devi Nurfazila berada diharapkan dapat menghubungi ibunya di Talian 017-7568937 atau menghubungi Balai Polis Berhampiran untuk tindakan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI