IPOH – Polis meminta pemandu yang menjadi mangsa kenderaan dibaling batu sehingga cermin hadapan retak serta tular di media sosial, tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, berdasarkan rakaman video kejadian itu berlaku di Kilometer 311 hingga 310, Lebuh Raya Utara – Selatan arah Utara Kampar, dekat sini pada pukul 6.36 petang, 22 Mac lalu.
“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Perak telah mengesan hantaran mengenai kejadian itu. Namun, semakan dapati tiada sebarang laporan dibuat hingga kini,” katanya di sini, hari ini.
Beliau menegaskan, pihaknya akan memastikan keselamatan pengguna jalan raya dengan mengesan pelaku bagi mengelakkan kejadian sama berulang. – KOSMO! ONLINE