fbpx

Polis berkas 12 anggota ‘geng plastik hitam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan dua orang pergi ke sebuah masjid di Matemwe, Zanzibar. - Foto AFP

BANDAR ZANZIBAR, Tanzania – Polis di kawasan Mjini Magharibi, Zanzibar menangkap 12 orang kerana makan dan minum di khalayak ramai pada waktu siang di bulan Ramadan, lapor portal berita The Citizen semalam.

Pemangku Ketua Polis Wilayah Abubakar, Khamis Ally berkata, penahanan itu dibuat selepas siasatan dilakukan ekoran tersiar video  menunjukkan terdapat sejumlah individu makan pada waktu siang di Dataran Mnazi Mmoja.

Makan di khalayak ramai  pada waktu siang di bulan Ramadan dianggap sebagai kesalahan  jenayah di Pulau Zanzibar.

Individu-individu itu ditahan di Balai Polis Madema sementara menunggu siasatan selesai.

Khamis memberi amaran bahawa polis akan menangkap siapa sahaja yang makan di khalayak ramai pada siang hari sepanjang Ramadan.

“Sepanjang bulan Ramadan, mengikut adat resam negara ini, kedai-kedai makan ditutup. 

“Oleh itu, adalah tidak wajar bagi individu untuk duduk di tempat awam dan makan secara terbuka. Ia satu kesalahan dan inilah sebab kami menahan mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI