fbpx

Perusuh di Pakistan bakar restoran makanan segera popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH restoran makanan segera dibakar dalam rusuhan yang berlaku di Mirpur semalam. - Foto X

KARACHI – Sebuah restoran makanan segera popular di Pakistan dibakar oleh kumpulan  perusuh ketika huru-hara merebak di jalan-jalan sekitarnya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai dalam kejadian itu.

Imej yang tersebar di media sosial menunjukkan tingkap cawangan restoran itu di Mirpur, Kashmir pecah di tengah-tengah laporan terdapat insiden tembakan tetapi masih belum  disahkan semasa kekacauan tersebut.

Video berasingan menunjukkan restoran makanan popular beribu pejabat di Amerika Syarikat itu dijilat api.

Seorang bapa kepada tiga anak warga Britain yang sedang bercuti di Mirpur  berkata, dia berjalan kaki untuk mendapatkan makanan bersama keluarganya apabila menyaksikan protes berlaku.

Motif di sebalik rusuhan  tidak jelas tetapi pelancong itu memberitahu MailOnline bahawa orang ramai marah dan menuduh rangkaian restoran popular itu menyokong Israel ketika perang di Gaza berterusan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI