fbpx

Pasar raya KK Super Mart Sungai Isap dibaling bom petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barang yang rosak di pasar raya KK Super Mart di Sungai Isap Kuantan yang dibaling dengan molotov cocktail di Sungai Isap dekat Kuantan awal pagi ini.

KUANTAN – Sebuah pasar raya KK Super Mart di Sungai Isap di sini mengalami kebakaran kecil awal pagi ini akibat perbuatan khianat apabila dibaling dengan molotov cocktail.

Bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 5.14 pagi di pasar raya yang baru dua minggu beroperasi itu dan tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan laporan terdapat individu yang tidak dikenalpasti membaling botol molotov cocktel hingga menyebabkan kebakaran di pintu masuk pasar raya KK Super Mart berkenaan.

Katanya, semasa kejadian terdapat seorang juruwang wanita di kaunter bayaran manakala seorang lagi pekerja lelaki sedang menyusun barang di rak bahagian belakang.

“Pada masa itu secara tiba-tiba juruwang berkenaan terkejut kerana ada satu balingan molotov cocktel dari luar premis yang jatuh di atas karpet laluan masuk sehingga tercetus kebakaran.

“Saksi yang panik terus mengambil alat pemadam api lalu cuba memadamkan api dari terus merebak sebelum saksi menghubungi majikannya yang melaporkan kepada polis,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ekoran kejadian terdapat empat rak jualan dalam premis berkenaan termasuk barang jualan mengalami kerosakan.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pasar raya berkenaan mengalami kerugian dengan anggaran RM500 akibat perbuatan khianat itu.

Dalam pada itu katanya kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan termasuk mengenalpasti suspek terlibat.

“Pegawai penyiasat akan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis bersebelahan dan pihak forensin turut dipaggil ke lokasi kejaidan bagi melengkapkan siasatan,”katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI